Ahlan Wasahlan


Ahlan Wasahlan


Ustazah Izyani
   

        Assalamualaikum wbt. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke laman blog Ustazah Izyani. Alhamdulillah, akhirnya...tertulis juga kalimah demi kalimah di ruangan ni. Terlebih dahulu, izinkan saya perkenalkan diri saya supaya pembaca yang singgah ke laman blog ini dapat mengenali sedikit sebanyak diri saya.

              Indah bunga ros di tengah taman,

             Hati-hati, pohonnya berduri,

              Salam perkenalan buat teman-teman,

           Jalinan ukhwah salam diberi.


  • Izyani binti Latfi nama diberi. Mengajar Bahasa arab untuk tahun 4 dan tahun 6.

  • Mendapat pendidikan di Universiti Kebangsaan Malaysia dalam bidang Syariah seterusnya menyambung Diploma Perguruan di Institut Perguruan Kuala Terengganu dalam bidang Bahasa Arab.

  • Telah diberi tanggungjawab sebagai SU Kurikulum di sekolah. 

  • Telah mengajar selama 15 tahun.

  • Hasrat saya supaya dapat menanamkan rasa minat dan kecintaan murid-murid pada matapelajaran Bahasa Arab. 

  • Semoga Allah sentiasa memberi kekuatan dan semangat kepada saya untuk berusaha mendidik anak-anak didik saya dengan baik, bermotivasi tinggi dan tidak putus asa untuk terus menimba ilmu demi memajukan diri saya.

  • Saya juga berharap sentiasa dikelilingi sahabat-sahabat yang postif supaya dapat mencetuskan aura positif dalam diri saya.

     Sebenarnya, tiada pernah termimpi pun mahu wujudkan blog ini..Namun, hati bagai digaru-garu je setiap hari supaya buat satu blog khususnya sebagai wasilah untuk menempatkan apa sahaja khususnya berkaitan dunia pendidikan untuk simpanan dan rujukan diri sendiri juga untuk perkongsian dengan rakan-rakan guru lain. Tambahan pula mendapat suntikan semangat daripada Yu Suffi, Yu Zuly dan adik-beradik AYU dalam Akademi Youtuber. Terima kasih keluarga AYU! 

      Jadi, sedikit sebanyak membakar diri untuk turut sama-sama memiliki blog. Semoga hasrat ini tercapai. Dan yang paling penting, saya dapat istiqamah dalam melakukan apa jua yang berkaitan blog ini..Insya Allah.. Doakan saya ye!

              

Terbaru Lebih lama