KHAIDAQ


KHAIDAQ OO KHAIDAQ

 

Segmen Khas Ayu KHAIDAQ

Kalau buka topik pasal KHAIDAQ, automatik segar biji mata. Bersama KHAIDAQ banyak sangat ilmu, pengalaman dan kenangan yang dipelajari. Pendek kata semuanya indah-indah la kalau ingatkan KHAIDAQ.


Apa sebenarnya KHAIDAQ tu? KHAIDAQ ni sebenarnya singkatan daripada perkataan Kisah Haiwan Dalam Al-Quran. Ianya merupakan sebuah Segmen Khas yang perlu disempurnakan oleh kami pelajar-pelajar AYU (Akademi Youtuber). Kiranya sebagai task akhir la sebelum kami konvo Akademi Youtuber.


Untuk menyempurnakan task ini, kami perlu bersiaran selama 10 minggu dengan membawakan apa-apa topik untuk dijadikan sebagai Segmen Khas. Terlebih dahulu, kami perlulah mendapatkan ahli kumpulan antara 3-5 orang. Bila dah dapat ahli, kami sama-sama fikirkan apa program yang yang boleh kami laksanakan. untuk 10 minggu itu.


Oh ya, lupa nak bagitahu. Apa itu Akademi Youtuber? Insya Allah saya akan ceritakan dalam posting yang akan datang.Tunggu ya....


     Berbalik semula pada Segmen Khas KHAIDAQ tadi. Setelah kami berbincang sesama kami dalam ahli kumpulan KHAIDAQ, kami pun mengambil keputusan untuk membuat program bercerita kisah-kisah Al-Quran secara santai. Sebab sasaran penonton utamanya mestilah murid-muris sekolah rendah dan anak-anak yang berumur dalam lingkungan 4-6 tahun. Tidak lupa juga, kami turut meletakkan sasaran ibu bapa dan guru-guru untuk sama-sama menonton segmen ini nanti. Kami berpendapat bahawa dengan konsep 'bercerita' yang akan kami bawakan nanti bukan sahaja dapat memberi hiburan kepada anak-anak khususnya bahkan dapat menjadi amalan dan tauladan kepada semua.


اَÙ„ْعِÙ„ْÙ…ُ بِلاَ عَÙ…َÙ„ٍ Ùƒَالشَّجَرِ بِلاَ Ø«َÙ…ّرٍ

"Ilmu tanpa amal seperti pokok tiada berbuah"


KHAIDAQ terdiri daripada Ketua Segmen (KS) iaitu Muallimah Rashidah dari SK Temiang, Muar, Johor, (sudah bertukar), Muallimah Basya dari SK Malawa, Kota Kinabalu, Sabah (juga sudah bertukar), Muallim Syamz dari SK Bandar Taman Selasih, Gombak, Selangor (sekarang sudah bertukar jawatan), Muallimah Ezar dari SK Assunta, Kuantan, Pahang dan saya sendiri yang dikenali dalam KHAIDAQ ini sebagai Muallimah Izyani Kami masih kekal di sekolah lama😊.

      Kami berlima tidak mengenali antara satu sama lain tetapi kami disatukan dalam AYU di bawah bumbung Panitia AULA yang diterajui oleh Muallim Hazar. Kami kemudiannya mendapat keserasian dalam segmen khas ini iaitu KHAIDAQ. Alhamdulillah, segmen kami mendapat maklum balas yang sangat positif daripada kawan-kawan, anak-anak didik, guru-guru dan ibu bapa. Mahu meneruskan KHAIDAQ? Hi hi... Nawaitu sentiasa ada dalam hati kami. Tapi, atas sebab kekangan, masih tiada perancangan yang jelas lagi untuk kami teruskan. Namun, mana tau kalau kami buat comeback edisi khas ke kan...Doakan yang terbaik buat kami.

KHAIDAQ SIRI 05

Siri 05 : Lembu


KHAIDAQ SIRI 04

Siri 04 : Lebah
Antara komen positif penonton

    
   Jom, sama-sama kita tonton KHAIDAQ melalui link di setiap siri dan sama-sama kita mengambil ibrah dari kisah-kisah haiwan daripada Al-Quran ini.


Siri 09: Hud-hud








Terbaru Lebih lama