Minggu Peperiksaan

SELAMAT MENEMPUH PEPERIKSAAN ANAK-ANAK


6 IBNU SINA

Alhamdulillah, minggu ni (9/1/23 - 13/1/23) selesai sudah peperiksaan buat anak-anak didik saya. Saya doakan supaya semua anak-anak akan beroleh kejayaan yang cemerlang untuk subjek B.Arab ini. Semoga setiap yang dipelajari dapat diingati oleh mereka.

         Setakat ni baru kertas periksa kelas tahun 6 Ibnu Sina yang telah selesai ditanda. Syukur alhamdulillah...Semua berjaya dapat A! Allahu..Tahniah anak-anak. Hadiah yang sangat bermakna buat ustazah daripada kalian sebelum kalian melangkah ke sekolah menengah. Semoga semuanya akan terus maju jaya. Ingatlah wahai anak-anak semua, teruslah berusaha walau di peringkat mana pun berada.. Carilah ilmu jangan jemu.. kekalkan kecemerlangan ini sentiasa.. Semoga setiap yang dicita akan tercapai.. 

Ù…َÙ†ْ جَدَّ Ùˆَجَد

"Barangsiapa yang berusaha bersungguh-sungguh, maka ia akan mendapatnya"

          



         Lihat dua kertas ni...Ada nota untuk ustazah 😂😂😂. Terhibur rasa menanda kertas kelas ni... Mereka berdua antara murid terbaik dalam kelas.. Semoga kalian terus berjaya di dunia dan akhirat.



4 IBNU QAYYIM


4 IBNU RUSYD

4 IBNU KHALDUN


       Tidak lupa buat anak-anak tahun 4; 4 Ibnu Qayyim, 4 Ibnu Khaldun dan 4 Ibnu Rusyd. Bittaufiq Wannajah pada semua. Semoga semuanya dapat buat yang terbaik. Ingat, buat yang terbaik untuk diri sendiri bukan untuk ustazah. Kalian telah menunjukkan minat semasa belajar dengan ustazah. Alhamdulillah, setiap aktiviti yang dibuat dalam kelas pun dapat dijalankan dengan jayanya. Teruskan kecemelangan dan minat terhadap madah B.Arab ini ye anak-anak! Andai ada yang tidak mampu mencapai keputusan yang terbaik, ustazah peringatkan diri sendiri  bahawa itu adalah daripada kelemahan ustazah sendiri dalam mengajar kalian. Insya Allah, ustazah akan cuba perbaiki untuk kebaikan masa akan datang.


Salam sayang daripada ustazah💓








Terbaru Lebih lama