Tahniah Diba,Adriana dan Rabiatul!

 Tahniah Diba, Adriana dan Rabiatul!


Team Video Animasi 2021


Mereka merupakan team untuk Pertandingan Video Animasi 2021. Alhamdulillah, mereka berjaya mendapat Johan peringkat Zon! Ustazah bangga sangat dengan kalian.

Sebenarnya, terbinanya team ini adalah kerana wujudnya pertandingan Video Animasi Sahsiah dalam MQSS. Pertandingan ini juga julung kali diwujudkan selari dengan MQSS yang dilaksanakan secara bukan bersemuka.

Pada awalnya, saya sebagai guru pembimbing buntu untuk menyediakan bahan apakah yang diperlukan untuk pertandingan video animasi ini. Ini kerana, kami di peringkat sekolah tidak mendapat panduan dan bimbingan yang khusus untuk membuat video ini. Segalanya kabur. 

Sehinggalah saya mendapat idea untuk membuat cerita tauladan bersesuaian dengan konsep video yang dikehendaki iaitu video animasi sahsiah. Selepas itu, bermulalah episod mereka untuk membuat video tersebut dengan bimbingan saya. 

Alhamdulillah, dalam tempoh yang sekejap mereka mampu menghasilkan video hasil garapan air tangan mereka sendiri. Bahagian saya ada la edit-edit sikit-sikit. Saya percaya kalau diberi tempoh masa yang lama lagi mungkin lagi baik mereka dapat hasilkan. Boleh ikuti hasil video yang mereka buat di link berikut:


Hari ini, mereka berjaya mendapat anugerah dalam KOKO sempena Hari Apresiasi Pendidikan peringkat SK Sungai Karang. Tahniah sekali lagi ustazah ucapakan pada kalian. Buat Diba, teruskan kreativiti anda walau sudah masuk ke sekolah menengah. Semoga kalian semua terus maju jaya. kalau anda semua mahu lihat di sebalik tabir pembuatan video animasi sahsiah ini, boleh ikuti di link berikut:


                                                     Salam sayang daripada ustazah💓

           

Anugerah Koko Peringkat Zon
Tahniah Adriana!


Anugerah Koko Peringkat Zon
Tahniah Rabiatul!


Anugerah Koko Peringkat Zon
Tahniah Adibah!





Terbaru Lebih lama