Aktiviti PDPC Tahun 5 : Maharat Kitabah



Hari ni sebelum melangkah masuk ke kelas tahun 5, saya belek dulu buku teks tahun 5. Sambil mencari-cari idea, apa aktiviti yang nak buat hari ini. Kalau ikutkan nk buat Maharat Kitabah (kemahiran menulis). Tapi, saya  masih tercari-cari lagi apa aktiviti yang menarik dan boleh memberi semangat pada murid-murid ni. Maklumlah, kelas 7.30. Biasanya murid kalau masa pertama ni masih lagi dalam keadaan yang kurang bersedia. masih lagi dalam suasana mood bangun tidur. Nak-nak pulak bulan ramadan yang perlu bangun awal untuk bersahur.

Akhirnya, fikir punya fikir dan saya pun mengambil keputusan untuk membuat kuiz dan mereka akan bertanding mengikut kumpulan. Saya memilih untuk membuat kuiz mengikut kumpulan kerana saya mahu semua murid dalam kumpulan terlibat untuk sama-sama menjawab soalan dan menyumbang mata pada kumpulan masing-masing. Selain itu, masing-masing akan saling bekerjasama membantu rakan mereka yang lemah.

Cara yang saya laksanakan:

Saya membahagikan murid-murid kepada 3 kumpulan. Kumpulan mereka ini diambil mengikut kedudukan tempat masing-masing di dalam kelas.

Pusingan Pertama:

1) Saya akan menyebut kalimah yang dipelajari daripada tajuk 1 kepada seorang murid yang saya pilih.

2) Murid tersebut dikehendaki untuk menulis kalimah yang saya sebut di papan putih. Jawapan itu akan saya semak bersama-sama dengan murid lain. Sekiranya jawapan tersebut betul daripada segi penulisan, markah penuh akan diberi iaitu sebanyak 10 markah.

3) Sekiranya salah, tiada markah diberi dan soalan ini tidak akan dibuka pada murid lain dalam kumpulan.

4) Kemudian,  saya akan beralih soalan lain kepada kumpulan kedua dan ketiga mengikut cara yang sama.


Pusingan Kedua:

1) Pusingan kali ini, saya memberi peluang kepada murid untuk berbincang dan memilih seorang wakil untuk menulis 2 kalimah di hadapan mengikut seperti yang saya sebut. Objektif saya di sini supaya setiap murid dapat saling berbincang untuk menghantar wakil yang terbaik di kalangan mereka bagi mendapatkan markah yang tinggi untuk kumpulan. Jumlah kalimah yang saya beri juga bergantung dengan kedudukan kelas tersebut. Sekiranya kelas tersebut terdiri daripada murid-murid yang cepat dan laju penerimaan mereka dalam pembelajaran, jumlah kalimah yang lebih banyak saya akan beri. 

2) Untuk kelas ini, Saya akan menyebutkan 2 kalimah pada wakil kumpulan yang dipilih untuk menulisnya di papan putih. 20 markah akan diberi pada kumpulan yang dapat menulis dengan betul dan tepat.



Pusingan ketiga: 

1) Pada pusingan ini pula, saya membuka peluang kepada semua murid untuk merebut peluang untuk menulis kalimah di papan putih. Melalui cara ini, dapat memberi peluang kepada semua murid untuk menulis satu kalimah di hadapan kerana jumlah kalimah yang dipelajari dalam tajuk 1 ini ialah sebanyak 13 kalimah. Jumlah ini cukup dengan bilangan murid dalam 1 kumpulan kerana ketiga-tiga kumpulan masing-masing mempunyai bilangan 10-13 orang ahli kumpulan.

2) Setelah semua dalam keadaan bersedia, masing-masing akan menulis kalimah di bahagian kumpulan masing-masing.

3) Saya juga turut menetapkan masa selama 2.15 saat untuk mereka menulis kalimah-kalimah tersebut.

4) Setelah masa tamat, saya bersama-sama semua semua murid akan menyemak kalimah yang ditulis oleh mereka. Setiap kalimah yang betul akan mendapat 10 markah.


Kesimpulan:

Hasil daripada aktiviti dijalankan di kelas, saya dapati:

1) Dengan menggunakan kaedah imlak, ianya dapat merangsang murid untuk berfikir kalimah yang didengari. Terdapat 2 kemahiran yang boleh diuji di sini iaitu Maharat Istima' (kemahiran mendengar) dan Maharat Kitabah (kemahiran menulis). (Pusingan 1)

2) Murid-murid seronok kerana ada unsur persaingan dengan kumpulan lain untuk memperolehi mata yang tinggi. (Pusingan 1-3)

3) Aktiviti ini juga turut dapat menguji daya hafalan murid-murid. Bagi kelas Qayyim kumpulan yang tertinggi mendapat markah tinggi dalam pusingan ketiga iaitu 100 markah. Ini bererti murid-murid mampu menghafal 10 daripada 13 kalimah. Bagi kelas Rusyd, markah yang tertinggi untuk pusingan ketiga iailah 70 markah iaitu 7 daripada 13 kalimah yang mereka mampu hafal. (Pusingan 3)



Secara keseluruhannya, saya sangat berpuas hati dengan respon murid-murid khususnya apabila penglibatan mereka dan sangat memudahkan bagi saya untuk membuat PBD. Lebih menyeronokkan apabila masing-masing bersaing untuk memenangi pertandingan dan saling membantu rakan-rakan lain yang lemah. 

Ø£َعِÙ†ْ اَØ®َاكَ ÙˆَÙ„َÙˆ بِالصَّوتِ

Maksudnya: : "Bantulah saudaramu walau dengan suara"



Semoga anak-anak ini akan terus bersemangat untuk menghafal dan belajar subjek Bahasa arab.

Salam sayang daripada ustazah💓

Terbaru Lebih lama