![]() |
Pentas Kalam 'Arabiy Lelaki di SK Temin, Jerantut |
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah kerana telah memberi peluang kepada kami untuk mencapai kejayaan ini.
Sebenarnya, terlalu banyak dugaan sepanjang melatih mereka berdua (peserta lelaki dan perempuan Kalam 'Arabiy). Bermula dengan teks, kekangan masa untuk melatih sehinggalah waktu rakaman. Kami tidak meletakkan harapan yang terlalu tinggi kerana sedar dengan usaha kami. Sekiranya berjaya salah seorang pun sangat bersyukur (walau jauh di sudut hati mengharapkan kedua-duanya berjaya).
Jadi, apabila diumumkan bahawa kami berjaya untuk mewakili daerah ke peringkat negeri, kami memang sangat terkejut dan tidak menyangka sama sekali. Dalam kesusahan Allah telah mengurniakan kejayaan yang sangat manis. dan berharga. Semoga selepas ini Kalam 'Arabiy SKSK dapat lebih menonjol ke peringkat yang lebih tinggi.
17 Ogos 2023
Setelah mengetahui bahawa kami akan mewakili daerah Kuantan, saya dan Ustazah Azmeda pun terus membuat perancangan dan strategi untuk melatih Fareez. Kami meminta pada Fareez untuk terus menghafal dan melancarkan teks. Maklumlah, sebelum ni hanya hantar rakaman. tetapi, untuk peringkat negeri ini Fareez perlu melalui pertandingan secara bersemuka. Dan dengar khabar peringkat negeri akan diadakan di Jerantut atau Temerloh. Tempat belum lagi pasti begitu juga dengan tarikh.
18 Ogos 2023
Maka, bermulalah tugas kami untuk melatih Fareez. Jadual yang kami tetapkan ialah Fareez akan mula menghafal daripada masa pertama hingga rehat. Kemudian, dia boleh masuk ke kelas untuk belajar seperti biasa. Kami tidak mahu Fareez ketinggalan dalam pelajarannya. Kami memilih surau sebagai tempat berlatih dan tempat untuk Fareez menghafal teks.
![]() |
Terima kasih Ustazah Jamilah yang hadir memberi sokongan kepada Fareez |
19 Ogos 2023
Sah! Memang akan diadakan di Jerantut. Cuma...tarikh belum pasti lagi. Walaupun jadual kelas yang padat dengan tugas-tugas hakiki yang lain, kami berusaha untuk memastikan Fareez mendapat latihan yang sebaiknya setiap hari. Paling penting, kami ingin memastikan Fareez dapat mengingati teks dengan lancar berserta lahjah Arab yang sempurna.
Tetapi, ianya tidak semudah yang kami sangka. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan satu berita penting bahawa setiap peserta perlu menghafal 3 teks dengan tema yang betul. Ini bagi memastikan ianya adalah selaras dengan standard peringkat kebangsaan. Allahu....Mampukah kami. Dahlah kami ada 1 teks je. Tengok-tengok salah tema pulak. Tema Fareez tu rupanya untuk peserta perempuan. Aduuu...Dua perkara kami kena buat ni. Karang satu lagi teks baru dan perlu latih Fareez untuk hafal 2 teks baru. Walaupun sebelum ni hanya khabar-khabar angin sahaja, tetapi tetap memberi tekanan kepada kami untuk mengarang lagi teks. Tetapi...hendak tak hendak kami perlu juga berusaha untuk menyediakan satu lagi teks buat Fareez. Dengan itu, kami dalam group GBA telah membahagi-bahagikan tugas untuk menyiapkan teks Kalam 'Arabiy. Terima kasih kepada semua rakan-rakan GBA iaitu Ustazah Jamilah, Ustazah Rosnani, Ustaz Wan Azuadi, Ustazah Azliwati, Ustazah Siti Hasnah, Ustazah Wawa, Ustazah Latifah dan Ustaz Hisham. Mereka ini sngat membantu dan sama-sama menyokong, memberi idea, mencari isi untuk teks Kalam 'Arabiy ini.
7 September 2023
Hasil GM yang dibuat tadi, kami dimaklumkan bahawa kami boleh mengekalkan tajuk yang telah dihafal di peringkat daerah walaupun salah tema. Ini kerana, pihak PPD dan JPN tidak mahu membebankan JU dan peserta. Namun...risiko yang perlu diambil oleh JU dan peserta ialah apabila mereka terpilih untuk peringkat negeri. Mereka perlu sudah bersedia dengan 3 teks dan 3 tema yang betul. Emm.. bahagian ni, tak mahu fikir lagi. Yang penting untuk peringkat negeri dulu.
Justeru, kami menggunakan kesempatan yang ada ini untuk menyiapkan teks dan melatih Fareez betul-betul. Kami khuatir sekiranya Fareez mendapat tajuk yang tidak dihafal semasa undian tajuk nanti.
17 September 2023
Alhamdulillah, sudah siap satu lagi teks untuk Fareez. Namun, setelah diteliti, kami lebih berminat untuk Fareez menghafal dan membawakan tajuk baru ketika peringkat kebangsaan nanti. Sebabnya, kena dengan tema. Kedua sebab isinya juga yang lebih tepat dan selari dengan silibus. Tambahan pula. kami yakin dengan kemampuan Fareez yang boleh menghafal teks baru dengan baik.
20 September 2023
PPD dan JPN menetapkan hari ini ada GM untuk cabut undi tajuk dan nombor giliran. sangat berdebar sebab nak tau bagaimana dengan JU lain. Adakah hafal 3 tajuk? Teks barukah?
![]() |
Nombor giliran peserta |
Dan..akhirnya semua terjawab. kami mendapat no giliran ke 9 daripada 12 daerah. Fareez juga akan bertanding mengikut tajuk yang telah kami hafal. Alhamdulillah...selesai satu kekusutan sebelum ini iaitu kami sangat takut iaitu mendapat tajuk yang Fareez tidak bersedia.
Secara ringkasnya, info penting untuk Ihtifal Lughawi Peringkat Negeri:
Tempat : SK Temin, Jerantut
Tempat Menginap: SMK Temin, Jerantut
Tarikh : 23 September 2023 (Jumaat)
22 September 2023
Saya dan Ustazah Azmeda akan memulakan perjalanan kami pada pukul 9 pagi selepas selesai beberapa tugas kami di sekolah yang belum selesai. Semoga semuanya berjalan lancar sahaja sepanjang perjalanan kami nanti. Kami dikehendaki untuk mendaftar di PPD Jerantut pada pukul 3 petang.
![]() |
Berhenti makan di RnR Gambang |
Alhamdulillah, lebih kurang pukul 12.30 tengahari, kami sampai di PPD Jerantut. Tapi, meja pendaftaran pula tidak dibuka lagi sbb memberi laluan pada solat Jumaat.
![]() |
PPD Jerantut |
![]() |
Fareez ambil aura atas pentas dahulu |
![]() |
Usatzah Azmeda, Ustazah Nurul (Pegawai JPN) dan Fareez |
![]() |
Menggunakan peluang yang ada pada petang selepas check in bilik untuk berlatih lagi |
![]() | ||
Pentas Kalam 'Arabiy peserta lelaki di Dewan Terbuka SK Temin
|
![]() |
Tahniah Fareez! |
![]() |
Bergambar kenagan bersama Fareez, adik dan ayahnya. Ibunya tidak hadir kerana ada urusan kerja |
![]() |
Rai di KFC Balok |
Mula-mula tu agak kontroversi juga nak keluar ni. Macam-macam isu. Hingga yang paling last Fareez tak mahu ikut keluar. Alamak, tujuan keluar ni sebab nak meraikan kejayaan dia. Kalau Fareez tak nak keluar, takkan kami je keluar.. Emmmm..Hal ni perlu serah pada kak Meda. Mesti kak Meda pandai pujuk Fareez. Dan..Seperti yang dijangka, akhirnya Fareez ikut kami keluar hasil pujukan kak Meda. Kami akan membawa Siraj sekali sebab Siraj rakan transitnya Fareez.. Tak kisah la Fareez... janji niat untuk meraikannya terlaksana.
![]() |
Pilih menu nak makan apa Ambil gambar puas-puas dulu sebelum makanan sampai |
Semoga Fareez akan terus maju jaya selepas ini. Teruskan untuk masuk pertandingan lagi lepas ni Fareez ye. Panjang umur, ada rezeki moga kita dipertemukan lagi suatu hari nanti. Bittaufiq Wannajah.
Dan kami GBA pula, semoga tahun ini menjadi titik tolak pencetus semangat untuk meneruskan lagi juang kita mencari bakat-bakat baru di kalangan murid-murid untuk pertandingan Kalam 'Arabiy. Banyak yang kita perlu buat dengan menyusun strategi daripada awal lagi. Ini termasuklah untuk meneliti corak PdP yang kita jalankan untuk memastikan murid-murid minat untuk mempelajari Bahasa Arab sekaligus dapat menarik minat untuk mereka menyertai pertandingan Kalam 'Arabiy.
Untuk melihat keseluruhan gambar boleh lihat di sini:
https://wakelet.com/wake/5_NbMsrNcokCKBARU1PeP
ُإِذَا صَدَقَ العَزْمُ وَضَحَ السَّبِيل
Salam sayang daripada ustazah💓
Tahniah ustazah...semoga terus cemerlang
BalasPadamT.kasih Kak long sudi singgah dan tinggal jejak
Padam