Majlis Peluncuran Kemerdekaan Peringkat Sekolah 2024

 

Majlis Peluncuran Kemerdekaan

 Peringkat Sekolah 2024

Pada 19 Ogos 2024 yang lepas, Panitia Sejarah SKSK telah menganjurkan Majlis Peluncuran Kemerdekaan Peringkat Sekolah. Majlis Peluncuran ini melibatkan semua murid sesi pagi iaitu Tahun 1,4,5 dan 6. Antara objektif majlis ini diadakan adalah untuk menyemaikan rasa kecintaan murid kepada negara Malaysia serta memberi pendedahan kepada mereka tentang budaya dan tradisi masyarakat Melayu di Tanah Melayu.

Ayu guru-guru perempuan bersimpuh


Geng guru lelaki semangat menyanyikan lagu patriotik bersama-sama murid-murid


     Bagi mencapai objektif ini, suasana kemelayuan ini diwujudkan di kalangan guru-guru dengan menetapkan setiap guru perempuan untuk memakai baju kurung kedah atau baju kurung dan berkain batik atau pelikat. Manakala bagi guru lelaki pula dikehendaki untuk memakai baju kemeja lengan pendek bercorak petak-petak serta berkain pelikat.  Paling seronok bila melihat guru baik guru lelaki atau perempuan sangatlah sporting mengenakan pakaian yang telah ditetapkan. Murid-murid pun kelihatan teruja melihat guru-guru kesayangan mereka muncul dengan imej yang berbeza daripada hari biasa. 

   Ha.....Ada lagi...Yang lebih menarik bukan sahaja daripada segi pakaian guru-guru...tetapi aktiviti yang dijalankan....Wah...tak sangka semua guru bersemangat mengalunkan lagu patriotik bersempena pertandingan koir. 

Panitia Matematik

Panitia B.Inggeris

Panitia PAI. Tetapi x nampak pula ustazah kat belakang😅

    Pertandingan koir ini dipertandingan antara Panitia iaitu Panitia B.Melayu, Panitia B.Inggeris, Panitia Matematik, Panitia Sejarah dan Panitia Pen.Islam. Pelbagai idea kreatif yang ditonjolkan oleh setiap panitia bagi merebut hati juri untuk gelaran Johan! Jangan tak sangka, idea-idea yang timbul pun kebanyakan idea spontan dan tanpa latihan yang mantap di sebabkan kekangan masa...Namun..... setiap persembahan semuanya unik dan mempunya kreativiti sendiri.. Sampai berpeluh jugalah dahi para juri yang terdiri daripada barisan pentadbir untuk memilih pemenang...

Para juri yang bijaksana lagi budiaman. Mereka terdiri daripada barisan Pentadbir

    Akhirnya...jangan tak percaya... panitia yang telah berjaya memenangi pertandingan Koir ini ialahhhhhh .......... Panitia Agama Islam! Fuh...Memang tidak disangka...Tetapi mereka memang layak menjadi Johan kerana memenuhi setiap kriteria yang diingini...

     

Kami JOHAN!

    Sepanjang bulan kemerdekaan juga, pelbagai aktiviti yang menarik disediakan untuk semua murid sertai. Antaranya ialah:

  1. Pertandingan Pakaian Beragam
  2. Pertandingan Basikal Berhias
  3. Pertandingan Hiasan Kelas
  4. Perarakan Kemerdekaan
  5.  Pertandingan Buku Skrap
  6. Pertandingan Teka Silangkata
  dan banyak lagi!

    Secara keseluruhannya, setiap aktiviti yang dijalankan sepanjang Majlis Peluncuran ini sangat menarik. semoga ianya dapat memberi kesan yang mendalam kepada setiap murid dalam menghayati erti kemerdekaan.


MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

       


Terbaru Lebih lama