Semoga Berjumpa Lagi Anas

 

Hari Terakhir Anas Bersama Kawan-kawan 4 Ibnu Rusyd

Murid 4 Ibnu Rusyd
Anas bersama dengan rakan-rakan 4 Rusyd 

Hari ini merupakan hari terakhir salah seorang daripada murid saya iaitu Muhammad Anas Bahiuddin bersekolah di sekolah ini. Selepas ini dia akan bersekolah di sekolah lain kerana mengikut keluarganya berpindah. 

Sebenarnya Anas ni saya telah kenal dia sejak kecil lagi kerana dahulu saya berjiran dengannya. Tambahan pula dia sebaya dengan anak saya yang sulung. Jadi, mereka merupakan rakan sepermainan semasa mereka kecil sehinggalah mereka berpisah kerana masuk ke sekolah yang berbeza.

Apabila saya dipertanggungjawabkan untuk menjadi guru kelas pada tahun ini, rupa-rupanya Anas menjadi 'anak' saya.😊 Ini kerana, saya memang tidak pernah mengajar Anas sejak dia di tahun 1 bersekolah di sini.

Tetapi, sementara sahaja saya menjadi 'ibu' Anas kerana dia bertukar ke sekolah lain. Sepanjang Anas belajar di kelas 4 Rusyd dan mengenalinya, alhamdulillah dia merupakan seorang murid yang sangat baik, patuh pada guru, rajin dan berani mencuba. Anas mengikuti setiap aktiviti yang dijalankan di dalam kelas dengan aktif dan bersemangat.

Hari ini, saya hampir menitiskan air mata saya apabila melihat anak-anak 4 Rusyd semuanya sedih ketika bersalaman dengan Anas. Mereka sedih kerana sekali lagi mereka akan kehilangan seorang lagi rakan 4 Rusyd (sebelum ini pun sudah 2 orang yang sudah berpindah). Di sini, saya dapat membuat kesimpulan bahawa pasti Anas juga sangat baik dan rapat dengan rakan-rakannya. Indahnya saya melihat persahabatan dan ukhwah mereka. 

Paling saya terharu apabila melihat salah seorang daripada rakan baiknya iaitu Harraz bergenang air mata dan berkata pada saya;"Ustazah, saya sedih. Anas ni kawan baik saya sejak kecil." Allahu, sebak hati saya mendengar ungkapan yang keluar daripada mulut seorang budak kecil seusia Harraz. Betapa mereka juga mempunyai perasaan sayang yang mendalam pada sahabat mereka. Mereka turut merasa kehilangan apabila perlu berpisah. Semoga hubungan persahabatan antara mereka akan terus kekal terjalin hingga ke syurga. Sayang pada sahabat dan sukanya berukhwah itu mungkin menjadi salah satu asbab untuk masuk ke syurga, insya Allah.


اَلصَّدَاقَØ©ُ لاَ تَزِÙ†ُ بِÙ…ِيزَانٍ Ùˆَلاَ تَÙ‚ْدِرُ بِØ£ُØ«ْÙ…َانٍ

"Persahabatan itu tidak dapat ditimbang dengan timbangan dan tidak ternilai harganya"

4 Ibnu Rusyd
Masih mampu tersenyum. Hakikat masing-masing sedih kerana Anas akan berpindah

Buat Anas, ustazah doakan semoga Anas akan terus maju jaya di sekolah baru nanti. Ingat, perjalanan Anas masih jauh. Masih banyak yang perlu Anas hadapi dan pelajari. Hiasi peribadi dengan akhlak yang mulia dan jangan tinggal solat. Semoga Anas akan beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat.Aamin... Jangan lupa kami dan kenang kami dalam doamu.

Buat anak-anak 4 Rusyd yang lain, teruslah bersahabat baik dengan sesiapa pun. Hilang di mata, tetapi jangan hilang di hati. Simpan rapi segala memori yang pernah dicipta bersama. Yang baik jadikan sebagai pedoman yang buruk jangan disimpan dan diulangi.

Salam sayang daripada ustazah💓

4 Rusyd SKSK

Kenangan bersama Ustazah

Kenangan bersama Qalisha, Afifa, Huda dan Intan




Terbaru Lebih lama