Aktiviti PDPC Tahun 4: Maharat Qiraah

 



Hari ini seperti yang dijanjikan saya akan membuat aktiviti Maharat Qiraah (kemahiran membaca) untuk anak- anak tahun 4. Untuk melaksanakan aktiviti ini saya memilih untuk membuat permainan dengan menggunakan inovasi saya dan ustazah Azizah iaitu SMART APRON patern Raub.

Untuk menjalankan aktiviti permainan ini, terdapat 5 langkah yang saya ambil:


Langkah 1:

1) Saya membahagikan murid kepada 2 kumpulan besar iaitu kumpulan banin dan banat.

2) Setiap kumpulan akan memilih seorang wakil untuk memakai Smart Apron.


Kumpulan Banin

Kumpulan Banin


Kumpulan Banat

Kumpulan Banat


Langkah 2:

1) Wakil setiap kumpulan akan memakai Smart Apron. Pada Smart Apron saya telah masukkan kad sebagai label tajuk: 

        i) Alif Lam Qamariah  

        ii) Alif Lam Syamsiah.





2) Kemudian saya akan menyediakan kad-kad mengandungi kalimah daripada Alif Lam Qamariah dan Alif Lam Syamsiah.

3) Kad-kad kalimah ini saya letak di atas meja secara tersusun supaya mudah untuk murid-murid membaca dan memilih kad untuk diletakkan dalam poket yang bersesuaian.





Langkah 3:

1) Selesai membahagikan kumpulan dan memberi penerangan cara permainan, permainan pun bermula. 

2) Kumpulan Banin yang mula dulu permainan ini. Setiap murid akan beratur di hadapan untuk memilih kad-kad kalimah yang disediakan dan memasukkannya dalam poket yang bersesuaian.

3) Apabila selesai semua kad dimasukkan ke dalam poket yang bersesuaian, saya pun menyemak jawapan dan memberi markah. Tetapi, semakan ini adalah secara tertutup tanpa saya memberi jawapan yang betul lagi kerana kumpulan banat masih belum menjalani permainan ini.



Langkah 4:

1) Seterusnya giliran kumpulan banat pula yang jalan. Seperti kumpulan banin, seorang wakil daripada kumpulan banat akan memakai Smart Apron manakala murid-murid yang lain beratur menunggu giliran memilih kad kalimah untuk dimasukkan ke dalam poket yang bersesuaian.

2) Apabila selesai, saya pun menyemak jawapan secara tertutup sepertimana kumpulan banin sebentar tadi dan memberi markah pada kumpulan banat.



 Langkah 5:

1) Apabila kedua-dua kumpulan selesai dan mengetahui markah masing-masing, masa untuk sesi menyemak jawapan bersama-sama pula diadakan.

2) Saya akan memaparkan kad kalimah dan memilih sorang murid untuk membaca kalimah tersebut dan menentukan jawapan yang betul.

3) Begitulah seterusnya sehingga habis kad kalimah.


Kesimpulan:

1) Alhamdulillah, suasana belajar menyeronokkan murid-murid kerana wujudnya permainan dan persaingan.

2) Semua murid terlibat untuk membaca kalimah dan menentukan kalimah.

3) Semua murid berpeluang untuk membaca kalimah dan membuat pilihan jawapan sendiri.

4) Sesi menyemak jawapan dapat dijalankan dengan baik dan lancar kerana semua murid dapat fokus kepada perbincangan bagi menyemak markah kumpulan masing-masing.


Secara keseluruhannya, saya dapat melihat melalui penggunaan bbm inovasi Smart Apron Raub ini, ianya telah dapat mencipta suasana PDPC yang berbeza daripada sebelum ini. Sebelum ini sekiranya saya mengadakan kuiz yang melibatkan pertandingan antara kumpulan, suasana kelas agak bising dan murid-murid agak bising kerana 'over exited' untuk menjawab soalan. Namun, berbeza dengan kuiz kali ini. Semua murid berdisiplin dan tau giliran masing-masing. Ini membuatkan saya sangat berpuas hati kerana saya tidak perlu menggunakan volume suara saya yang paling tinggi untuk mengawal kelas 😂😂😂.



Selain itu, murid-murid juga nampak teruja kerana berpeluang untuk memakai apron tersebut. Walaupun murid yang memakainya hanya 2 orang iaitu seorang wakil banin dan seorang lagi wakil banat, namun keterujaan mereka turut terpancar apabila melihat wakil kumpulan masing-masing memakainya dan mereka berpeluang untuk memasukkan kad dalam apron tersebut. Dan yang paling menambahkan semangat pada mereka apabila kumpulan yang menang akan mendapat hadiah! Alah...hadiah biasa je..pen je sabtang seorang. Tapi, itu sudah cukup menggembirakan mereka. Tahniah pada kumpulan banat yang telah memenangi aktiviti kali ini. 

 Insya Allah, pada masa yang lain saya akan menggunakan Smart Apron jenis lain pula dan saya cuba untuk meramaikan lagi murid-murid untuk memakainya.

Semoga dengan usaha ini anak-anak akan terus berjaya dan bertambah minat untuk belajar Bahasa Arab!


 Maksudnya:" Ilmu tidak akan didapati dengan santai-santai."


Salam sayang daripada ustazah💓

Terbaru Lebih lama