![]() |
Meniliti contoh Pop Up Card yang telah siap |
Aktiviti PDPC Tahun 5 bagi sesi 2024 dimulakan dengan mencipta Pop Up Card barang-barang di dapur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar tambahan pulak sudah ada pengalaman bersama-sama dengan murid tahun 5 tahun lepas dalam mencipta kad Pop Up ini.
![]() |
Gambar barang-barang dapur |
Bagi murid-murid tahun 5 tahun ini mereka lebih beruntung kerana boleh melihat hasil maujud yang telah dihasilkan oleh murid-murid tahun 5 yang lepas. Namun, gambar barang-barang dapur masih saya guna yang lama, tiada penambahbaikan!😆).
Berbanding dengan tahun lepas, murid-murid perlu melihat video yang saya post dalam group kelas supaya mereka nampak bagaimana cara menghasilkannya.
Objektif aktiviti ini ialah:
- Membina daya kreativiti dalam diri murid-murid untuk menghasilkan Pop Up Card فِي الْمَطْبَخِ yang cantik dan menarik.
- Membantu murid-murid supaya dapat mengingati dan menghafal kalimah-kalimah yang dipelajari dengan berkesan.
Sebelum saya mengarahkan murid-murid untuk mula membuat tugasan mereka:
- Saya memberi penerangan kepada murid-murid berkenaan tugasan untuk menghasilkan Pop Up Card dengan menunjukkan contoh hasil-hasil Pop Up Card yang telah siap. Tugasan ini dihasilkan secara individu.
- Setelah murid-murid faham, saya mengarahkan mereka untuk mula membuat tugasan dengan mewarna gambar terlebih dahulu.
- Saya turut menunjuk cara bagaimana untuk menggunting dan menampal gambar pada kertas / kad supaya Pop Up Card itu akan terhasil dengan cantik dan kemas.
![]() |
Saya memberikan penerangan tentang gambar-gambar |
Untuk tugasan ini, saya telah memaklumkan kepada murid-murid supaya dapat menyiapkannya dalam tempoh 2-3 minggu. Tak sabar ustazah nak tengok hasilnya!💪😊 Untuk posting Bahagian 2, insya Allah saya akan kongsikan hasil Pop Up Card daripada murid-murid kelas 5 Ibnu Khaldun dan 5 Ibnu Firnas. Nantikan...... Boleh lihat gambar-gambar lain sepanjang aktiviti murid membuat Pop Up Card ini di:
Kelas 5 Ibnu Khaldun
Kelas 5 Ibnu Firnas
اَلصَّبْرُ يُعِينُ عَلَى كُلِّ عَمَلٍ
Salam sayang daripada ustazah💓