![]() |
Alif dan Harith mencabut kertas daripada sampul surat |
Begitu juga dalam tajuk 3 Tahun 5 ini. Kalau dalam tajuk 2 sebelum ini, aktiviti Maharat Kalam ini saya jadikan sebagai lagu yang mana murid-murid akan menyanyi ayat-ayat perbualan ringkas yang terdapat dalam buku teks. Melalui ayat perbualan ringkas ini, murid-murid akan dapat:
1) Mengajukan soalan kepada rakannya
2) Menjawab soalan yang diajukan dengan menggunakan cara jawab yang betul
Apabila murid-murid melagukan ayat-ayat ringkas perbualan itu, secara tidak langsung murid-murid akan dapat menggunakan ayat yang betul dalam mengajukan soalan dan menjawabnya.
Namun, pada kali ini, saya tidak mahu menggunakan kaedah nyanyian lagi kerana ada aktiviti lain yang saya akan jalankan secara menyanyi. Justeru, fikir punya fikir akhirnya saya mendapat idea. Kaedah ini boleh juga saya jalankan untuk PBD sebagai penilaian murid-murid untuk tajuk yang dipelajari ini.
Sebelum aktiviti ini dijalankan, ada beberapa langkah yang saya ambil:
Langkah 1:
Menyediakan kepingan kertas yang mengandungi soalan-soalan hiwar iaitu:
- مَاذَا تَلْعَبُ؟ مَاذَا تَلْعَبِينَ؟
- مَاذَا تَشْتَرِكُ؟ مَاذَا تَشْتَرِكِينَ؟
- هَلْ تَفُورُ؟ هَلْ تَفُوزِينَ؟
- اَلتِّلْمِيذُ
- التِّلْمِيذَةُ
- فِرْقَةُ أَو نَادِي