Mini Kamus Pertama Saya

 


Minggu Pertama Persekolahan SKSK

Alhamdulillah...berakhir sudah minggu pertama persekolahan bagi sesi 2023.  Pelbagai aktiviti yang dijalankan sepanjang minggu ini selari dengan kehendak KPM yang mahu mewujudkan "Murid Ceria Guru Bahagia"

Di sekolah saya, GB telah mewajibkan setiap panitia menyediakan perancangan yang ingin dilaksanakan sepanjang minggu ini. Banyak cadangan yang dikemukakan untuk mencipta keseronokan dalam belajar dan menggalakkan murid-murid ke sekolah. Antaranya ialah pertandingan melukis dan mewarna, aktiviti memasak, senam robik dan banyak lagi.

Untuk murid-murid saya di kelas Tahun 5, saya merancang supaya mereka membuat kamus mini dwibahasa Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Objektif saya merancang aktiviti ini kerana saya mahukan penggunaan kamus mini ini secara berterusan sepanjang sesi Tahun 5 ini. Saya berharap anak-anak didik saya akan sentiasa memperbanyakkan kosa kata Bahasa Arab dengan sentiasa menghafal kalimah-kalimah yang mereka tulis dalam kamus ini. 

Untuk lebih menggalakkan lagi usaha mereka untuk menghafal kalimah dalam kamus ini, saya akan menyediakan ganjaran yang boleh menaikkan semangat untuk terus menghafal. Tidak kira la kecil atau besar, anak-anak peringkat sekolah rendah ni sebenarnya sangat teruja apabila diberi sesuatu ganjaran walau gula-gula sebiji! Jadi, tidak menjadi masalah bagi saya untuk menyediakan semua tu. Kadang-kadang, demi untuk memberi sesuatu pada mereka sebagai ganjaran, saya akan cuba untuk mengorek apa sahaja yang ada dalam beg saya. Kalau tiada sangat, seringgit pun boleh😂




Seronok sangat bila melihat anak-anak ni berlumba-lumba untuk menyiapkan kamus mini mereka. Saya bertanya kepada mereka; "Pernah tak kamu semua buat kamus mini?" Salah seorang daripada mereka menjawab;" Tak pernah ustazah. Ni kamus pertama saya."

Baguslah macam tu anak-anak. Buat la sehabis menarik untuk kamus kamu semua ini. Sebab yang nak membacanya nanti kamu semua. Bukan ustazah. Moga dipermudahkan bagi kamu semua untuk Lughah Jannah ini. Aamiin..

Ù…َÙ†ْ جَدَّ Ùˆَجَدَ

Maksudnya: " Barangsiapa yang berusaha maka dapatlah ia."


Salam sayang daripada ustazah💓























Terbaru Lebih lama